Friday, November 29, 2013

Terpaling sakit gila

Mungkin
Aku cuma bersahabat buatmu
Mahu apa
Cari sahaja aku
Kerana aku pasti tak bisa menolakmu
Tapi
Kau tahu kenapa?
Kerana aku bukan sekadar fikir kau teman biasa
Tahu kau tak pernah minta dimanja
Tahu kau tak pernah minta apa apa
Tapi aku yang bodoh memberi
Mungkin kerana terlalu
Terlalu ada rasa yang tersemat di hati
Sakitnya dikecewa untuk kesekian kali
Kau tak pernah salah
Hanya aku tak mampu melupa
Lebih sanggup menderita terluka
Dari terperosok jauh dari lubuk hatimu
Aku sanggup menumpang bahagia
Sungguh ketika ini aku sakit gila

Wednesday, November 27, 2013

Sekolahkan hati

Sekali aku rebah
Sekali aku gagah
Bila masa aku harus benar benar
Tunduk patuh angguk setuju
Bahawa aku bukan pilihan
Bukan letaknya aku dihati
Sisi mata lihat laku dia
Kadang beri makna cinta
Kadang beri maksud berteman cuma
Hati tidak jejak kaki ke sekolah manusia
Jadi tidak faham bahasa berhentilah apabila terima petanda
Kau bukan maharani cinta dia
Jangan mimpi yang menyakitkan
Segera sekolahkan hati
Agar tak bodoh lama menipu diri


Tuesday, November 26, 2013

Pabila bersamamu umpama
Jantung berhenti berdegup
Udara berhenti menghembus

H.A.N.Y.U.T

Aku sudah lupa
Bagaimana menghulur
Salam perkenalan
Aku sudah lupa
Bagaimana rasa
Sakit untuk memulakan
Salam yang tak bersambut
Kerana
Aku sudah terlalu lama
Berasa cukup
Kau menemani ku
Walau cuma bayang
Walau cuma angin hembusan
Walau cuma dengus lembut
Aku sudah terlalu lama
Membiar diri berasa berteman
Padahal tidak
Membiar diri berasa bahagia
Padahal tidak
Membiar diri berasa cukup adanya kau
Padahal tidak
Aku belum tahu bila waktunya
Bisa aku tersedar dari lamunan panjang
Yang terlalu lama menjerut perasaan

Thursday, November 21, 2013

Bahagiamu deritku

Walau
Hanya lihat senyum mu
Walau
Tak kan pernah bisa gapai hatimu
Ku takkan pernah berhenti
Mencintamu
Ku takkan pernah berharap
Kau balas cintaku
Kerna kutahu
Hanya aku benar tulus cinta kasih padamu
Tiada walau segaris namaku
Jauh di dasar hatimu
Berteman mu suatu anugerah
Walau hati pedih parah
Menyaksikan mendengarkan
Kisah bahagia kau dan dia
Aku terima
Kerna hanya bisa buat aku bahagia
Lihat kau gembira aku derita


Izinkan Aku Mencintaimu

Izinkan Aku Mencintaimu ( Repvblik)

Sungguh benar ku cintaimu
Meski kau tak anggap ku ada
Ku tak akan memintamu untuk mencintaiku

*
Ku tak berharap kau cintaiku
Ku tak berharap kau balas cintaku
Yang ku harap kau izinkan aku mencintaimu

Reff:
Cinta ini sudah terlanjur kumiliki dari dirimu
Biarkan cintaku bersamamu
Meski ragaku tak bisa bersamamu

Repeat *
Repeat Reff [2x]

Tuesday, November 19, 2013

Parut luka cinta

Aku tahu apa kau rasa
Sakitnya
Sakitnya bila cinta tak bermakna
Aku dulu juga rasa yang sama
Bezanya 
Oh tiada bezanya
Semua aku pernah rasa
Terpaling menjerit jiwa
Bila aku perlu simpan apa aku rasa
Kerna
Dia mahu yang lainnya
Bukan aku itu yang nyata
Aku bisa tahu apa kau rasa
Terpaling menyentak jiwa
Namun
Itu sebentar cuma
Percayalah
Bangun esok lusa kau pasti akan lupa
Walau untuk seketika
Walau luka masih ada
Belajarlah bermula semula
Kerna
Ketika itu kau harus ketawa
Sama seperti dia yang sudah mula bahagia

Sunday, November 17, 2013

Si Pemadam Luka

Aku yang tak tahu erti berhenti berharap mungkin..
Sudah berulangkali kupujuk hati
Sudah! Cukup!
Jangan pada dia kau tunggu berharap
Tak kan mahu dia
Akhirnya
Sekali lagi titis airmata
Tanda aku kalah lagi
Dengan sekelumit rasa ini
Oh! Tuhan..
Hantarkan seseorang yang bisa mengubat luka hati ini
Hati yang terlalu berharap pada keajaiban dunia
Untuk memiliki dia
Dia yang tak pernah anggap aku sesiapa
Walau sepojok cuma
Mohon hati lupakanlah pada dia
Jangan lagi seksa diri berselindung dibalik hati kental
Kecewa lagi
Khabar dia masih berharap pada si cantik
Sama seperti aku yang masih berharap padanya
Hati ini remuk berkecai
Aduhai Tuhan..
Mana mahu aku gundah begini
Tolong Tuhan..
Hantar padaku si pemadam luka ini
T_T

Thursday, November 7, 2013

Maaf aku mencintaimu

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you ,
You know i’ll always be there for you,

Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu,

Mungkin kita tak bersama di takdirkan,
Tak mengapa asal kau bahagia

Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if imiss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.
I’m sorry but i love you

9:15am
Thursday
Najwa Latif