Bagaimana menghulur
Salam perkenalan
Aku sudah lupa
Bagaimana rasa
Sakit untuk memulakan
Salam yang tak bersambut
Kerana
Aku sudah terlalu lama
Berasa cukup
Kau menemani ku
Walau cuma bayang
Walau cuma angin hembusan
Walau cuma dengus lembut
Aku sudah terlalu lama
Membiar diri berasa berteman
Padahal tidak
Membiar diri berasa bahagia
Padahal tidak
Membiar diri berasa cukup adanya kau
Padahal tidak
Aku belum tahu bila waktunya
Bisa aku tersedar dari lamunan panjang
Yang terlalu lama menjerut perasaan
No comments:
Post a Comment