Tuesday, November 19, 2013

Parut luka cinta

Aku tahu apa kau rasa
Sakitnya
Sakitnya bila cinta tak bermakna
Aku dulu juga rasa yang sama
Bezanya 
Oh tiada bezanya
Semua aku pernah rasa
Terpaling menjerit jiwa
Bila aku perlu simpan apa aku rasa
Kerna
Dia mahu yang lainnya
Bukan aku itu yang nyata
Aku bisa tahu apa kau rasa
Terpaling menyentak jiwa
Namun
Itu sebentar cuma
Percayalah
Bangun esok lusa kau pasti akan lupa
Walau untuk seketika
Walau luka masih ada
Belajarlah bermula semula
Kerna
Ketika itu kau harus ketawa
Sama seperti dia yang sudah mula bahagia

No comments:

Post a Comment