Sudah berulangkali kupujuk hati
Sudah! Cukup!
Jangan pada dia kau tunggu berharap
Tak kan mahu dia
Akhirnya
Sekali lagi titis airmata
Tanda aku kalah lagi
Dengan sekelumit rasa ini
Oh! Tuhan..
Hantarkan seseorang yang bisa mengubat luka hati ini
Hati yang terlalu berharap pada keajaiban dunia
Untuk memiliki dia
Dia yang tak pernah anggap aku sesiapa
Walau sepojok cuma
Mohon hati lupakanlah pada dia
Jangan lagi seksa diri berselindung dibalik hati kental
Kecewa lagi
Khabar dia masih berharap pada si cantik
Sama seperti aku yang masih berharap padanya
Hati ini remuk berkecai
Aduhai Tuhan..
Mana mahu aku gundah begini
Tolong Tuhan..
Hantar padaku si pemadam luka ini
T_T
No comments:
Post a Comment