Friday, November 29, 2013

Terpaling sakit gila

Mungkin
Aku cuma bersahabat buatmu
Mahu apa
Cari sahaja aku
Kerana aku pasti tak bisa menolakmu
Tapi
Kau tahu kenapa?
Kerana aku bukan sekadar fikir kau teman biasa
Tahu kau tak pernah minta dimanja
Tahu kau tak pernah minta apa apa
Tapi aku yang bodoh memberi
Mungkin kerana terlalu
Terlalu ada rasa yang tersemat di hati
Sakitnya dikecewa untuk kesekian kali
Kau tak pernah salah
Hanya aku tak mampu melupa
Lebih sanggup menderita terluka
Dari terperosok jauh dari lubuk hatimu
Aku sanggup menumpang bahagia
Sungguh ketika ini aku sakit gila

No comments:

Post a Comment