Wednesday, November 27, 2013

Sekolahkan hati

Sekali aku rebah
Sekali aku gagah
Bila masa aku harus benar benar
Tunduk patuh angguk setuju
Bahawa aku bukan pilihan
Bukan letaknya aku dihati
Sisi mata lihat laku dia
Kadang beri makna cinta
Kadang beri maksud berteman cuma
Hati tidak jejak kaki ke sekolah manusia
Jadi tidak faham bahasa berhentilah apabila terima petanda
Kau bukan maharani cinta dia
Jangan mimpi yang menyakitkan
Segera sekolahkan hati
Agar tak bodoh lama menipu diri


No comments:

Post a Comment