From XXL to L
Aku bukan lah terlalu hebat untuk berbicara tentang diet.
Apa yang aku lakukan juga bukan hal terbaik untuk seseorang ikuti.
Diet cara aku sebenarnya salah. Tetapi aku puas dengan berat sekarang.
Dari seseorang yg bersaiz XXL kini baju saiz L pun sudah rasa longgarnya.
Kan satu pencapaian juga tu?
Ya. Aku minta dipandang! Kerna dulu kutak dihirau.
Kini berderet menunggu. Aku pula yang tak tahu dan tak mahu.
Sebenarnya lebih kepada tak mahu. Kerana yang serius selalunya tak mencapai spesifikasi yang kuharapkan. Hahaha. Maaf.
Aku pernah berada di fasa orang langsung tak memandang. Apa salahnya kan membalas sedikit cuma.
Janganlah radang pabila kau tahu isi hatiku cuma mahu mencuba. Kan lumrah?
😉
No comments:
Post a Comment