Sunday, March 8, 2015

Pasir Pantai

Ibarat pepasir di tepi pantai
Tak ternampakkan kelibat sekalipun
Tapi dirasai kerana pentingnya
Tapi dirasai kerana jasanya
Agar bah tidak langsung ke darat
Secebis pasir itu adalah kami
Yang tidak meminta untuk disanjungi
Malah dipuji puji
Cukup kami sekadar kami
Yang cuma berdiri di kaki sendiri
Jatuh bangkit bangun kami
Tak perlu kau geruni pada kami yang bukan sesiapa ini
Kami hanya penumpang di bahagia kamu
Benarkanlah kami berkongsi rasa yang satu ini

No comments:

Post a Comment