Dalam hidup ini
Terlalu banyak ketidakpuasan hati
Pada diri
Pada insan keliling
Pada keadaan
Pada tempat
Siapa kita untuk menghakimi
Setiap apa yang terjadi
Bukan kerja kita menentu apa kita
Suka atau tidak tiap perkara berlegar sekitar kita
Kita cuma penurut yang ditentu masa
Menghala menerus arus semasa
Sunday, March 8, 2015
Ketidakpuasanhati
Aku bukan Penyapu
Kau guna aku bila perlu
Aku bukan penyapu
Buat cuci ruang rumah mu
Aku bukan periuk nasi
Untuk menanak bila perlu
Kau tak tahu aku serupa batu
Menunggu tanpa jemu
Tapi kini aku sudah tahu
Kau cuma mahu guna aku
Jadi aku berdiam di sini
Tak perlu cari aku
Selamat pagi!
Berpagian bersama secangkir kopi putih berbuih halus
Siapa bilang kau tak bisa menikmati dunia dengan begitu
Itu hak yang kau dapati andai bisa bangun awal pagi
Bangkitlah!
Mari mencari sesuap nasi
Agar petang kau tak hingar mencakar kais lagi
Rindu Gila
Andai rindu ini bisa berbicara
Mahu saja dia ungkap pada yang kena
Sakit menanggung rindu
Yang tak tahu pada siapa mahu
Dimatikan rindu yang tak bertuan ini
Cuma aku merindu
Atau ada yang menaruh rasa yang sama
Sedang aku tak tahu
Dan berandaian yang tidak tidak di sini
Angin malam
Bawakan aku rindu mereka yang tulus
Bawakan aku cinta mereka yang tak pernah hangus
Api rindu tak terpadam oleh air hujan mata
Bawakan aku
Senyum mereka kerna
Aku sudah rindu gila
Dia Si Jelita
Adakah datang tepat pada masa
Atau sekadar penyeri suasana
Saat kau dilema
Sedang kau tak pasti
Apa pilihan yang kau punya
Bertanya sama diri
Dijawabnya suka
Bertanya pada hati
Masih menunggu dia
Yang hampir kau takkan punya
Kadang takut
Kau terpilih salah kerna
keduanya hampir sama tapi tak serupa
Mana tahu kau sedang keliru dengan apa yang kau rasa
Terpaksa dalam rela
Adakah bahagia?
Kau pelakon cerita cinta dalam kisah kau yang nyata
Pasir Pantai
Ibarat pepasir di tepi pantai
Tak ternampakkan kelibat sekalipun
Tapi dirasai kerana pentingnya
Tapi dirasai kerana jasanya
Agar bah tidak langsung ke darat
Secebis pasir itu adalah kami
Yang tidak meminta untuk disanjungi
Malah dipuji puji
Cukup kami sekadar kami
Yang cuma berdiri di kaki sendiri
Jatuh bangkit bangun kami
Tak perlu kau geruni pada kami yang bukan sesiapa ini
Kami hanya penumpang di bahagia kamu
Benarkanlah kami berkongsi rasa yang satu ini