Thursday, July 17, 2014

Selamat datang Episod Duka

Sendu yang tak berpunca ini
Entah tiba dari mana
Yang menghenyak dada
Mengalir laju kolam mata
Membawa debu duka
Adakah sakit di mana mana?
Atau merindu pada secebis insan yang tak bisa membalas rasa
Mahupun rasa gila yang datang mahu menguasai segala
Sesungguhnya
Aku punca hilang tiap satunya
Bahagia kini derita
Selamat datang episod duka

No comments:

Post a Comment