THE REDSPANA
Realiti Takkan Seindah Fantasi
Saturday, November 8, 2014
Pedih
Wahai hati
Jangan pedih begini
Kuatlah
Walau kau dihiris belati
Tuhan
Tolong aku Tuhan
Hatiku terluka lagi
Kali ini lebih dalam
Ditolak ke tepian
Walau belas yang kuberi dulu
Kini tak bertuankan
Aku pedih
Tiada yang berteman
Kini
Wednesday, November 5, 2014
Hanya kau
Tak jemu aku melempias kata rindu
Beri aku sejuta tahun tetap aku tunggu
Aku rindu
Pada dia yang menjauh
Makin sukar ku dakap ku sentuh
Yang kumimpi
Cuma kau
Yang kutagih
Cuma kau
Bila harus aku berhenti
Mengharap kasih dari
manusia
Sedang aku sudah letih
Rindu
Asal aku mahu membilang kata
Aku jadi lupa
Kerna cuma
Nama kau
Wajah kau
Haruman kau
Yang penuh menerobos segenap minda
Apa kau tahu
Isi hati ini cuma mahu
Yang ditagih tiada perlu selainnya
Cukup sekadar
Bicara rindu
Pada setiap baris pesanan
Ah!
Aku rindu berat sama kau
Sendiri hampa
Yang terperosok di hujung hutan sepi itu
Aku
Yang tercampak di pulau manusia itu
Aku
Terlambakan
Tak terperasan dek manusia lalu lalang
Sibuk dengan arus deras permodenan
Mana mahu mencerling ke arah aku yg hina
Hampa
Di lorong ini
Menadah tangan meminta minta
Belas kasih dari yang entah siapa
Mohon pada yang sudi saja
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Comments (Atom)