Serbuk duka
Ketahian apakah ini
Menerjah selari medula
Menempias serbuk sebak
Hati berkecah
Musnah aku dijalan ini
Harus
Berhenti tapi keras hati
Buntu
Jalan mati
hujung lorong hati
Hilang peta hala tuju hidup
Beri aku lampu buat suluh
Agar dapat menapak pulang
Mencari damai di sini
Lupa Luka
Apa penawar perlu dicari
Andai hati rasa seperti
Mahu mahu mahu
Lupa tapi x berupaya
Sakitnya
Terpandang
Kau dia mesra bersama
Hujan
Hampir tergendala.
Segala kerja.
Datang dengan petanda.
Kadang tiba-tiba.
Mencurah alam semesta.
Perginya umpama usir sebuah duka.
Tapi kadang.
Hujan datang bawa bahagia.
Basah bumi kian merekah.
Mari bersyukur wahai semua penyembah!
Nikmat dikurnia datang segenap arah.
Ini puisi tentang hujan.
Tentang kini.
Hujan yang jatuh ke bumi.
Senyum. Tanda pasti.
Ada harapan yang masih bisa berbagi.