Wednesday, October 9, 2013

Jangan Risau Aku

Salahkah aku?
Melayan perasaan sendiri. Bukan aku minta susahkan sesiapa. 
Kenapa perlu ketawa?
Biarlah aku menjamu minda aku dengan khayalan sendiri. Bukan mengajak kamu kamu semua dalam minda gila aku. 
Biarlah aku!
Kamu semua tak tahu betapa pedih dan sakitnya untuk melupakan apa erti cinta alam nyata yang tak dihargai.
Kamu semua tak pernah tahu aku ingin membuka lembaran baru. Menipu diri agar terus lupa dia. Bagilah aku ruang bernafas tanpa namanya. 
Kerna aku tahu 'Hatiku bukan Milikmu'lah aku melangkah longlai begini.
Hari- hari yang aku lalui lebih banyak kepura-puraan tentang rasa. 
Jadi janganlah kamu kamu semua berasa seperti terlalu tahu aku. Khayalan bukan tahap dewa. Jadi jangan susahkan diri risaukan aku. Aku masih sedar mana realiti mana fantasi. Usah menyusah diri fikir tentang aku. Aku masih di alam nyata. 

Tuesday, October 8, 2013

Mari mula semula

Dah lama tak mencoret rasa dalam buku diari alam maya ini.. Sudah lama teringin hendak mengungkap meluah kolum minda yang kadang hampir tak tercerna dek simpul ketat yang amat dari dunia nyata..
Mahu bercerita tentang hati yang tak akan ada yang faham apa mahu aku..
Mari mulakan..
:: sudah bisakah hati ini melupakan si arjuna? ::
:: tutup tubir kecewa bawa watak baru dalam jiwa ::
:: sibukkan diri dengan yang khayalan dan tidak nyata ::
Itu dia.. 'Point' disitu.. 
Mari mula bercerita tentang cinta.
😄😄😆😆