Aku dapat rasa aku makin jauh dgn dia
Tapi masih ada getar saat menatap wajahnya
Aku rindu dia tapi dia jauh dari aku
Ya Allah.. Aku mahu hanya dia jadi pendamping selamanya aku
Tapi andai Kau tahu ada yang lebih baik dari itu temukan aku
Tutup tubir kecewa ini
Mengalir lagi tanda hati perit tanggung rindu duka pada dia yang buat tak mengerti
Wednesday, June 26, 2013
Tuesday, June 25, 2013
Mohon mimpi jadi nyata
Bila lafaz ijab tercipta
Aku milik kau dan Tuhan
Selama mana Tuhan mahu
Aku berada dalam dakapan hambanya yang mencinta
Hanya kerana Dia
Kau dipilih buat jadi pendamping seringku
Kau terhebat diantara jutaan lagi di luar sana
Kau memilih aku yang serba tiada
Terima kasih cinta
Oh! Aku bermimpi rupanya..

Wednesday, June 12, 2013
Arjuna dihatiku!
Pertemuan kami bukan lama. Tapi kami punya kimia. Jumpa sekejap sekejap cuma tapi kami macam dah kenal lama. Boleh cerita apa saja. Aku hormat mereka. Mereka juga pada aku buat perkara sama. Beza kami cuma jantina. Yang lain kami fikir sama. Mereka buat hari hari aku ceria. Tapi aku masih anak gadis pada mereka semua. Ish! Mana mereka? Belum tiba. Mereka lah abang abang arjuna.
Monday, June 10, 2013
Pengawet rasa!
Makin hari rasa ini bukan lagi rasa suka.
Ini rasa sudah ditambah pengawetnya.
Pengawet cap 'CINTA'.
Aduh..
Sakit betul menelan rasa yang satu ini.
Menghadap hari hari tapi..
Aku benci punya rasa ini tapi untuk cuba membuang rasa ini.. Aku rela tak punya hati.
Terlalu hampir tapi tak mampu juga menggapai.
Kalau emas permata masih bisa aku usaha cari wang untuk beli nya.
Ini hati manusia!
Ish.. Aku percaya pada takdir aku bukan penyembah Tuhan selain Ar- Rahim.
Aku tahu semua itu.
Tapi aku tak mampu buat hati aku berhenti mengejar cintanya.
Aku belum betul betul penat mungkin.
Tunggu sahaja pabila jendela hatinya diketuk oleh wanita yang memang tercipta untuknya.
Saat itu aku REDHA.

Subscribe to:
Comments (Atom)