Tuesday, May 28, 2013

Novel happy ending

Aku bicara bodoh hodoh
Tak ada skrip main hentam
Semua bicara tentang cinta
Cinta bodoh aku
Kejar yang sudah pasti tak mahu
Ini realiti hidup kawan
Bukan kisah novel yang diadaptasi
Hero dan heroin nya sudah ditakdir
sama perekacerita
Kalau penulis mahu mereka bersama
Gembiralah mereka akhirnya
Tapi lain bagi kita
Pengakhiran kita sudah ditentu sama yang Maha Kuasa
Mohon minta padanya
Ya! Aku mahu dia
Mohon minta padanya
Aku tunggu sampai nanti mungkin sahaja bisa aku hidup dengan nya sama seperti novel yang aku selalu baca

Semak!

Semak!
Macam kepala otak
Pikir yang tidak tidak
Apa yang kisah sangat
Tapi tak boleh berhenti
Mahu lupa sekejap apa difikir
Bosan dengan semua ini
Hey! Sudahlah
Mana mahu dia dengan kau
Yang tak punya rupa kasar macam dia
Tak ada beza kau dan dia
Walau kau putri dia arjuna
Takdir bukan milik kau dan dia
Terimalah! Hati tu kasi buka
Baru tau makna C.I.N.T.A
Aaaahhh..
Kenapa rasa sayang ini tak seperti lagunya
Indah di telinga
Bila aku berbicara tentang dia


Arjuna pematah hati

Tiap hari fikir tentang kau
Apa ada kau
Benci aku punya rasa sama kau
Yang tak punya rasa sama aku
Tidur makan ada muka
Kau yang penuh katarak aku
Aaahh..
Apa jampi yang aku tau kau tak guna
Tapi lekat dalam jiwa aku
Apa lah rasa dicinta sama kau
Sama aku kau bilang tak mahu
Sama yang lain kau bilang cari tak jumpa
Aku tau aku bukan pilihan
Tapi hati mahu kau
Dah aku pujuk pilih saja yang lain
Yang lebih punya hati sama aku
Tapi hati keras macam batu
Kecewa bila usaha aku kau tak ada maknakan
Mengejar kau yang tak pandang aku
Aaaahhh..
Bodohnya! Pagi- pagi sudah ingat kau lagi
Cipta puisi kosong tentang lelaki
Arjuna si pematah hati

Sunday, May 26, 2013

Ini cerita cinta cap ayam!

Galau hati
Berkecemuk jiwa
Fikir insan manusia
Geluk galau hati
Benci dengan perasaan yang lemah ini
Terlalu berharap pada yang tak pasti
Belum tentu dimiliki
di dunia yang tak hakiki
Galau hati
Penat menanti
Tapi bodoh kerana tak sampai isi hati
Pada yang dinanti
Mana mahu dia mengerti
Tapi
Dia bukan manusia tak ada hati
Tak dapat lihat apa yang pernah diberi
Selalu menguji
Apa erti

Hati galau
Tolong bagitau
Kalau kalau
Ada sedikit hati engkau
Yang masih tersisa
Buat aku isi dengan rasa
Rasa cinta cap mawar pujangga
Mahu isi dengan yang halal sahaja
Bukan buat suka suka
Agar dapat buat bekal di akhirat sana

Thursday, May 2, 2013

Teman terbaik!

Kawan baik..
Aku ada kawan baik lelaki.. Kawan baik perempuan..
Yang best pasal kawan baik lelaki aku ialah dorang ni bodyguard aku kat kilang..dalam masa yang sama dorang suka buli aku..
Setiap hari aku lepak dengan dorang.. Dorang ajar aku jadi orang yang tegas, berpendirian.. Macam2 lagi la..
Dorang tak pilih siapa pun aku..rupa aku...perangai aku..sifat aku..
Kawan baik perempuan aku pulak seorang gadis manja yang aku sentiada bercerita apa sahaja dengan dia.. Luah segalanya yg aku tak cerita dengan sesiapa..
Hanya dia seorang kawan baik aku..
Hanya aku tahan perangai dia.. Org lain semua tak tahan nye.. Hehehe.. Sebab dia kawan terbaik aku bukan mereka..

Terima kasih semua rakan rakan terbaik aku!

Love u all so much! Especially u!!!!