INTERPRETASI KREATIF
Kerana ke' OBSESI'-an aku terhadap program realiti ni aku dedikasikan hasil nukilan aku kat sini ni kepada Bands yang aku kagumi dan sayangi..huhu
VERSUS : INTERPRETASI KREATIF
Program realiti yang bermula 13 April 2012 yang lalu adalah sebuah program realiti nyanyian yang menampilkan 5 buah Bands yang terkemuka kat Malaysia ni..
Kemunculan program ni sangat la aku suka sebab kat Malaysia belum pernah ada program macam ni..apa yang aku suka tentang program ni ialah ia menjadi tapak @ base kepada bands untuk mempamerkan ke-KREATIF-an mereka untuk berkarya dan ber-EKSPERIMENTASI dengan pelbagai genre muzik.
Bagi aku budak kampung yang tak tau ape pasal muzik ni aku rasa sangat terpegun dan kagum dengan hasil arrangement music,chords,instruments dorang tetiap minggu tu..memang two thumbs up lah!
Lagi pulak program ni tak ada penyingkiran..tak macam program realiti yang lain..(bila kena singkir je menangis meraung-raung macam tak boleh buat kerja lain dah..nonsense!). Actually aku sebelum ni tak berminat sangat dengan program-program realiti yang lain tu..tapi VERSUS memang bagi impak yang totally 100% berbeza pada aku..even dia still guna format sms for vote..
Mungkin aku agak terlambat nak bercerita tentang VERSUS ni. Tapi biarlah. As i'm happy to do this all things..
so..WELCOME TO THE FULL COLOUR OF MUSICS..it's VERSUS : INTERPRETASI KREATIF.
sedikit sebanyak tentang bands in VERSUS.
Black & Parallax adalah sebuah projek band yang ditubuhkan khas untuk Versus. Black & Parallax diketuai oleh Taja. Black & Parallax terdiri daripada :
Hanifah B.Md Hanafiah (Black) - Vokal
Nik Mustaza B. Nik Mustapha (Taja) – Gitar utama
Mohd Fatih B. Mohd Darwis (Gfat) - Bass
Azhar B. Abd Razak (Babab) – Gitar kedua
Reza Ramsey (Bajai) – Pemain Keyboard
Mustafal Bakri B. Ismail (Bakri) – Pemain dram
minggu pertama : pada syurga di wajahmu (nyanyian asal Nash-LEFTHANDED)
minggu kedua : merisik khabar (nyanyian asal Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad)
minggu ketiga : hingga akhir nanti (nyanyian asal Alleycats)
minggu keempat : sekadar di pinggiran (nyanyian asal Francesca Peter)
minggu kelima : bulan cinta (nyanyian asal kumpulan EVA)
minggu keenam : yang sempurnakanku (nyanyian asal Sixth Sense)
minggu ketujuh : cintamu mekar dihati (nyanyian asal MAY)
minggu terakhir : ?
 |
GO GERILA!
Go Gerila! terdiri daripada :
Muhammad Aizat B. Amdan (Aizat) - Vokal/Keyboard
Muhammad Anas B. Amdan (Anas) - Gitar
Mohd Amirullah B. Jahari (Amir) - Vokal/Gitar
Mohamad Firdaus B. Zulkefle (Pito) - Bass
Mohd. Ashroff B. Mohd Shariff (Ashroff) - Gitar
Ruviyamin B. Ruslan (Ruvi) – Pemain Dram
minggu pertama : Biso Bonar (nyanyian asal Hattan)
minggu kedua : Mat Disko (nyanyian asal Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad)
minggu ketiga : Andainya kupergi Dulu (nyanyian asal Alleycats)
minggu keempat : Curiga (nyanyian asal Ning Baizura)
minggu kelima : Untukmu (nyanyian asal kumpulan Feminin)
minggu keenam : Pari-pari di Bawah Angin (nyanyian asal Meet Uncle Hussien)
minggu ketujuh : Cinta Kristal (nyanyian asal Rahim Maarof )
minggu terakhir : ?
HUJAN
Hujan terdiri daripada :
Mohammad Noh B. Salleh (Noh) - Vokalis
Hang Dimas Santoso (Dimas) - Keyboard
Izzat Uzani B. Abd Ghani (Izzat)- Bass
Azham Bin Ahmad (Acer) - Dram
Hezry Hafidz (AG Coco) - Pemain Gitar Utama
minggu pertama : Lamunan Terhenti (nyanyian asal Aris Ariwatan)
minggu kedua : Toyol (nyanyian asal Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad)
minggu ketiga : Sejuta Batu (nyanyian asal Alleycats)
minggu keempat : Akhirnya Kini Pasti (nyanyian asal Anita Sarawak)
minggu kelima : Mengerti (nyanyian asal kumpulan KRU)
minggu keenam : Dan Bila Esok (nyanyian asal Sofazr)
minggu ketujuh : Seruan (nyanyian asal Lefthanded)
minggu terakhir : ?
|

SIXTH SENSE
6ixth Sense merupakan kumpulan muzik pertama yang menggabungkan pemuzik Malaysia dan Indonesia.Kumpulan 6ixth Sense terdiri daripada lima orang anak muda iaitu :
Adi Priyo Sambodo (Adi) - Vokalis
Mohd Faiz Azizi Arlis (Gjie) - Gitar Utama
Mohd Safuan Hasnan (Wan) - Dram
Mohd Fairuz Ramli (Ayoy) - Bass
Shahrul Effendy (Athan) - Gitar
minggu pertama : Kau Lupa Janji (nyanyian asal Jamal Abdillah)
minggu kedua : Warisan (nyanyian asal Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad)
minggu ketiga : Kisah Kau & Aku (nyanyian asal Alleycats)
minggu keempat : Janji Manismu (nyanyian asal Aisyah)
minggu kelima : Fiona (nyanyian asal kumpulan 4U2C)
minggu keenam : Lagu Kita (nyanyian asal Aizat Amdan)
minggu ketujuh : Dari Sinar Mata (nyanyian asal Bumiputra Rockers )
minggu terakhir : ?
SOFAZR
Kumpulan Sofarz terdiri daripada :
Ahmad Fairoz B. Mohamad (Fairuz) - Bass
Wan Shah Baharom B. Niktah (One) - Dram
Amir B. Mahiyiddin (Amiir) - Vokalis
Zarimi B. Zahari (Zimi) - Gitar Utama
Wan Shahbaharin B. Niktah (Shah) - Gitar
Rodie Bin Jamun (Rodie) - Keyboard
minggu pertama : Tanya Sama Itu Hud-Hud (nyanyian asal M.Nasir)
minggu kedua : Basikal Tua (nyanyian asal Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad)
minggu ketiga : Seribu Bintang (nyanyian asal Alleycats)
minggu keempat : Nuri (nyanyian asal Ella )
minggu kelima : Inilah Nasibku (nyanyian asal kumpulan NICO)
minggu keenam : Mencari Konklusi (nyanyian asal Hujan)
minggu ketujuh : Masih Aku Terasa (nyanyian asal Gersang)
minggu terakhir : ?